Followers

20 November 2010

Majlis Khatam Al-Quran


Alhamdulillah, malam tadi saya berpeluang menghadiri satu majlis khatam Al-Quran bersempena dengan majlis perkahwinan kak Ira atau nama sebenarnya Nur Amira. Pening kepala nak check salasilah keluarga, yang penting kak Ira tu sepupu jauh lah senang kata. Ini merupakan kali ke dua mungkin, saya menghadiri majlis khatam Quran sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan/persandingan pada keesokan harinya. Saya kurang pasti bagi adat-adat negeri lain, tetapi di negeri kelahiran saya atau adat orang Jawa, majlis khatam Quran disertakan dengan berzanji dan marhaban menjadi satu kemestian. Selalunya majlis ini akan dilangsungkan pada malam hari selepas solat Isyak di rumah pengantin perempuan sebelum berlangsungnya hari persandingan kedua-dua mempelai(rumah pengantin perempuan).

Para jemaah yang terlibat secara langsung dalam majlis adalah di kalangan wanita sahaja. Kaum Adam dikecualikan. Pada kebiasaannya, kaum lelaki akan sibuk memasak di luar rumah. Hebat-hebat para bapa di sini. Bab-bab memasak waktu kenduri, merekalah paling pro. Kaum Hawa hanya perlu menyediakan bahan-bahan masakan sahaja. Tugas yang perlu para ibu ataupun para prawan(anak dara) lakukan adalah seperti mengupas bawang, blend bahan-bahan yang perlu, menghias hidangan pengantin, bungkus- membungkus bontrot(bekalan untuk para tamu bawa pulang) dan hal-hal lain di dapur yang sukar saya terangkan di sini, terlalu banyak, hanya akan faham apabila merasai sendiri situasi.

Berbalik kepada majlis khatam Al-Quran tadi, pengantin perempuan akan membaca surah-surah lazim dan akan dipandu oleh seorang guru Tajwid. Para jemaah yang lain akan menyambut bacaan pada ayat terakhir setiap surah sebagaimana majlis-majlis khatam Al-Quran yang pernah kita hadiri. Yang menariknya, setiap surah akan dibaca dengan lagu khatam Quran Pengantin. Kalau pengantin tak tahu cara membaca menggunakan lagu tersebut, tidak menjadi satu kesalahan. Pernah juga ibu saya mengajar cara membacanya. Seingat saya ada 4 cara bacaan. Soal, jawab, soal, jawab(dah lupa ilmu Taranum). Lagu khatam Quran pengantin ini kelihatannya sangat berbeza bunyinya jika hendak dibandingkan dengan lagu Rast, Hijaz, Baiyati, Jiharkah(Allahuakbar, sekali lagi lupa lagu-lagu yang ada..). Apapun, bunyinya agak sedap.

Di akhir majlis, para jemaah yang hadir akan diberi saguhati, terpulang kepada tuan rumah, cenderahati apa yang mahu diberikan. Pada kebiasaannya, jemaah yang hadir diberikan beg kecil berisi bunga telur, gula-gula, dll(makanan ringan).

Satu perkara, yang paling saya tak minat. Menjadi satu kewajipan barangkali di mana-mana majlis keramaian. "cakap-cakap orang". Ada je mulut-mulut yang mengata. "Eh, kenapa macam ni, sepatutnya macam tu..". "Apelah diorang ni..Itulah tak nak bagi orang-orang tua bagi jadi ketua". Banyak sangat komennya. Erm, mungkinkah daku menerima nasib yang sama? -_-) Susah sebenarnya bila berada dalam masyarakat yang pelbagai usia. Apa yang penting, berpeganglah pada konsep "yang tua perlulah dihormati, yang muda perlulah disayangi", Insya-Allah aman, ^_^)

Pernah terdetik jahat dalam hati saya setelah beberapa kali menhadiri majlis khatam Quran pengantin, "tak rasa terhina ke pengantin kalau mengaji tersekat-sekat, Tajwid banyak kantoi, Allahuakbar.. ni nervous ke ape..". Apa pun, pengajarannya di sini, sebelum nak jadi isteri atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan, kuasailah ilmu membaca Al-Quran. Adalah lebih baik lagi, menghafaz ayat-ayat suci Al-Huda. Saya akui, saya pun banyak lagi kelemahan dalam Tajwid. Insya-Allah, bertanya kepada yang lebih 'ariff.

Okeylah, pada sesiapa yang nak tahu lagu khatam Quran pengantin, berzanji, marhaban, khabar pada saya. Insya-Allah IBU saya boleh tolong(bukan saya..saya pun banyak lagi tak belajar.setakat taranum sikit2..marhaban sikit2.bolehlah ^_^). 

Wallahu'alam.

4 comments:

Anonymous said...

erm, rumit gak ye nk buat majlis khatam al-quran ni..sy asal dr pahang, xde pnglman lg.. so ingat nk tau la gak cmne acara ni brlgsung.

Anonymous said...

It is the best time to make some plans for the future and it is time to be happy.
I have read this post and if I could I want to suggest you few interesting things or advice.
Maybe you can write next articles referring to this article.
I desire to read even more things about it!

Look at my web blog: vakantiehuizen frankrijk

OneDropPerfumez said...

admin nii asal mana?

Anonymous said...

Hello, Neat post. There's a problem with your site in internet explorer, might test this? IE still is the marketplace leader and a big component of folks will miss your wonderful writing because of this problem.

Here is my weblog ... particuliere vakantiehuizen